Wednesday 6 April 2016

PERODUA RUSA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Berita baik untuk semua penyewa van. syarikat kami telah menambah sebuah lagi kenderaan pelbagai guna iaitu kenderaan model perodua rusa.

spesifikasi dan maklumat sewaan adalah seperti berikut:

#model perodua rusa 1.6L
#bahan bakar petrol
#7 tempat duduk termasuk pemandu
#aircond tahap sejuk beku
#power window
#penggunaan petrol yang jimat
#enjin dalam keadaan memuaskan.
#dalaman van yang bersih dan kemas

promosi !!!!!
sehingga 18 April 2016, kami menawarkan harga promosi iaitu  
= RM100 sehari
= RM500 seminggu
= RM 2000 sebulan
*harga masih boleh dirunding untuk sewaan bulanan.

HUBUNGI BAKRI (0133199022) untuk tempahan dan maklumat lanjut..

kami menyediakan servis 24 jam.....




Friday 31 July 2015

SKIM REBAT

PROMOSI TERBAHARU!!!!

Perhatian, skin ini bukanlah skim penipuan, skim cepat kaya, skim emas tok ku, skim piramid, skim MLM dan bermacam-macam skim yang tidak masuk dek akal... BUKAN, BUKAN DAN BUKAN...

Sebagai tanda menghargai pelanggan setia kami, kami telah mewujudkan sebuah polisi khas yang memberi pulangan lumayan kepada mereka.
kepada pelanggan yang telah menyewa kenderaan sebanyak sepuluh kali berturut-turut, Kami memberikan potongan harga berbentuk rebat sehingga 50% untuk sewaan kali ke sebelas.
Skim ini digunapakai untuk setiap jenis model kenderaan.

Katakan:
Sewaan kali pertama : Produa Viva/ (mana-mana model kenderaan)
Sewaan kali kedua    : NissanVanette/ (mana-mana model kenderaan)
Sewaan kali ketiga    : Kia Pregio/ (mana-mana model kenderaan)
sehinggalah
Sewaan kali kesepuluh : (mana-mana model kenderaan)

Sewaan kali kesepuluh : Potongan 50% peratus atau setengah harga untuk mana-mana jenis kenderaan.

Kami yakin tiada sebuah syarikat pun yang menawarkan tawaran rebat seperti ini.

Kami yang pertama!!!!

Keuntungan itu perlu, tetapi konsep empati keutamaan kami... kerana pada suatu ketika dahulu, kami juga pernah bergelar "Penyewa"

Thursday 30 July 2015

like page kami di facebook untuk sentiasa berhubung.

cari page di https://www.facebook.com/vanbroom2


Wednesday 29 July 2015

PROMOSI SMART TAG!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Memandangkan segala urusan dalam segenap aspek kehidupan sentiasa memerlukan kecekapan dan kepantasan untuk dilaksanakan, maka pihak kami tidak ketinggalan untuk menyediakan kemudahkan bagi mempercepatkan perjalanan anda.

Pihak kami berbesar hati untuk menyediakan smart tag bagi setiap kenderaan yang disewa. Kini anda tidak perlu lagi berada dalam barisan panjang untuk membayar tol secara tunai atau touch n go. Rasai kehidupan serba moden dengan menggunakan smart tag. 

Katakan selamat tinggal pada barisan yang panjang dan ucapkan selamat datang pada perjalanan yang pantas dan selesa
Tertakluk kepada terma dan syarat.

Kepada penyewa yang budiman lagi dikasihi




  1. Kereta yang disewa TIDAK BOLEH digunakan sebagai "kereta sapu" atau kenderaan pengangkut barang (berbayar).
  2. Kereta sewa TIDAK BOLEH membawa lebih penumpang dari jumlah penumpang yang dibenarkan dalam undang-undang. (cthnya kancil, wira had 5 orang penumpang).
  3. Kereta sewa TIDAK DIBENARKAN membawa lebihan muatan melebihi kapasiti yang mampu dibawa oleh kereta. (cthny kancil tidak boleh membawa penumpang+muatan melebihi 500kg).
  4. Kereta sewa TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI membawa serta meletakkan barang & penumpang diluar dari badan kenderaan, cthnya seperti diatas bumbung kereta.
  5. Kereta sewa TIDAK BOLEH digunakan untuk "tow" atau tarik kenderaan lain, trailer atau barang berat berlebihan tanpa KEBENARAN BERTULIS dari pihak pemberi sewa.
  6. Kereta sewa TIDAK BOLEH terlibat dengan sebarang aktiviti perlumbaan haram atau perlumbaan sah. 
  7. Kereta sewa TIDAK BOLEH digunakan untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang negara Malaysia seperti merompak, mencuri, menyeludup, menculik, membunuh.
  8. Kereta sewa TIDAK BOLEH dikendalikan dalam apa jua keadaan yang cuai dan merbahaya, cthnya memandu dalam keadaan mabuk, memandu dengan laju atau melanggar lampu isyarat.
  9. Kereta sewa sama sekali TIDAK BOLEH dipandu selain daripada orang yang telah menandatangani surat perjanjian untuk menyewa tanpa KEBENARAN BERTULIS dari pemberi sewa.
  10. Kereta sewa yang terlibat dalam kemalangan semasa dalam tempoh sewaan dan di mana kemalangan itu disebabkan 100% oleh kecuaian penyewa, maka segala kos pembaikan kereta tersebut akan ditanggung oleh penyewa.
  11. Kereta sewa yang dikenakan saman semasa dalam tempoh yang disewa oleh penyewa; saman itu akan ditanggung sepenuhnya oleh penyewa tanpa ada liabiliti kepada pihak yang memberi sewa.

Kadar harga/bayaran sewaan mengikut model kenderaan

Kia Pregio RM 200/sehari
Nissan vanette RM 120/sehari
Produa Viva RM 90/sehari
dapatkan harga istimewa apabila anda membuat langganan bagi kegunaan mingguan dan bulanan.
dokumen hitam putih disediakan untuk memudahkan urusan bersama.
pastikan anda membawa dokumen seperti berikut:

  1. salinan kas pengenalan
  2. salinan lesen memandu terkini

sewa untuk kemudahan bersama

kami menyediakan perkhidmatan sewa van dengan harga yang berpatutan
Hubungi nombor yang tertera untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.
Bakri 013319022 (whssapp/msj)
Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
talian dibuka 24 jam.
Dapatkan harga istimewa apabila melanggan untuk tempoh mingguan dan bulanan.
Kejujuran dalam perniagaan tunjang kepada rezeki yang halal.